Sun06242018

LAST_UPDATESat, 23 Jun 2018 9pm

Netizen Malaysia Puji Kumpulan KPop IN2IT Rakam Semula Lagu Gemilang

..

Kalau disebut kumpulan IN2IT (sebut "In to It"), mungkin ramai yang tidak mengenali siapa mereka. Tetapi barangkali selepas ini lebih ramai rakyat Malaysia tahu dan mula memperkatakan mengenai kumpulan KPop yang semakin meraih populariti ini.

Sejak beberapa hari lalu, IN2IT melancarkan klip video mereka menyanyikan semula lagu Gemilang, nyanyian asal penyanyi bersuara emas, Jaclyn Victor.

Video yang dimuat naik di laman YouTube sejak 2 Mac lalu itu semakin mendapat perhatian peminat muzik tanah air. Setakat ini, video tersebut telah mencecah lebih 53,000 tontonan.

Lagu Gemilang dilancarkan sekaligus dipopularkan Jaclyn sekitar tahun 2005, setahun selepas dia dinobat sebagai Malaysia Idol (musim pertama). Lagu tersebut juga pernah meraih pelbagai anugerah di Anugerah Industri Muzik dan pernah dijulang sebagai Lagu Terbaik Anugerah Juara Lagu 2005.

Rata-rata memberikan komen positif kepada kumpulan yang dianggotai lapan anak muda ini. Malah netizen turut meluahkan rasa bangga dan tersentuh hati dengan usaha dan percubaan IN2IT menyampaikan lagu ini dalam bahasa melayu versi mereka sendiri. Tambah menarik, turut diselitkan bait-bait Rap dalam bahasa Korea.

Meskipun tujuh daripada mereka berwarganegara Korea, namun itu bukan penghalang mereka untuk menyahut cabaran menyanyikan lagu dalam bahasa lain. Pujian juga diberikan kerana mereka dapat menyebut perkataan bahasa Melayu dengan sebutan yang baik dan tidak terlalu pelat.

..

..

Secara tidak langsung, lagu ini dapat didengari bukan saja kalangan peminat  di negara mereka malah di negara Asia yang lain.

IN2IT dianggotai Jiahn, Yeontae, Inho, Hyunuk, Inpyo, Jinsub, Sunghyun dan seorang anak kelahiran Sabah, Isaac. Mereka merupakan sebuah kumpualn yang dibentuk hasil program realiti 'survival show' Boys24. Nama IN2IT membawa maksud "Anak-anak muda ini akan membuatkan peminat jatuh cinta dengan pesona dan bakat mereka".

Kumpulan ini juga pernah mengadakan showcase dan acara sesi bertemu peminat, N2IT Asia Showcase Tour “Carpe Diem” pada 4 Februari lalu bertempat di PJ Live Arts, Petaling Jaya.

">