Sun06242018

LAST_UPDATESun, 24 Jun 2018 11am

Psikiatri Terima Padah Gara-gara Sebut Yo Ah In Hidap Bipolar

..

Seorang pakar psikiatri, Kim Hyun Chul yang sebelum ini pernah mengeluarkan dakwaan mengatakan pelakon Yo Ah In mengidap penyakit gangguan bipolar, menerima padah. Dia berkemungkinan akan dikeluarkan daripada Persatuan Neuro Psikiatrik Korea (KNPA).

Pada November tahun lalu, kecoh di media sosial mengenai kes seorang psikiatri yang tiba-tiba mengatakan bintang drama Chicago Typewriter itu mengalami gangguan bipolar.

Lebih kecoh kerana doktor membuat penilaian kondisi psikologi Yo Ah In berdasarkan posting-posting yang dimuat naik pelakon itu di laman sosial.

Dakwaan itu sekaligus menimbulkan kemarahan Yo Ah In terhadap doktor tersebut. Bagaimanapun Kim memberi maklum balas dengan menulis mengatakan itu adalah tanggungjawabnya sebagai seorang doktor. Namun dia telah memandamkan status tersebut.

Isu itu berlanjutan sehinggakan pihak KNPA telah membuat siasatan mengenai kes itu sejak Januari lalu.

"Pada bulan Disember tahun lalu ketika di satu sidang perubatan, kami telah memutuskan hukuman terhadap Kim dan telah menyiasat melalui ahli etika sejak bulan Januari,"

"Kami akan mendapat keputusan rasmi pada sesi sidang yang kedua tidak lama lagi, tapi dia (Kim) mungkin berdepan hukuman berat iaitu dia akan dikeluarkan dari KNPA," dedah salah seorang wakil persatuan berkenaan.

"Ini adalah pertama kalinya dalam persatuan perubatan berkaitan isu seorang doktor akan dikeluarkan dariada persatuan. Kami memandang berat terhadap isu ini, tambah ketua persatuan tersebut.

Psikiater Kim Hyun Chul dituduh telah melanggar akta perubatan 19 UU, mengenai penyebaran informasi perubatan pesakit kepada umum. Selain itu, dia menggunakan informasi tersebut untuk alasan yang salah.

"Setelah ahli etika menjalankan siasatan, mereka mendapati Kim sebelum ini pernah melakukan berbagai kesalahan dan melanggar peraturan perubatan.

"Antaranya, memberi ubat kepada pesakit tanpa resit doktor dan mendapatkan biaya rawatan setelah menjalankan perkidmatannya menerusi telefon," tambah ketua persatuan itu lagi.