Sat07212018

LAST_UPDATESat, 21 Jul 2018 4pm

Mengantuk, Menyeksakan Mata - Rakyat China Komen Filem Black Panther

..

Meskipun berjaya mencipta fenomena dan menjadi bualan hangat ramai sekaligus meraih kutipan pecah panggung selepas ia ditayangkan di serata dunia sejak sebulan yang lalu, namun filem adiwira Black Panther tetap menerima kritikan.

Filem tersebut baru saja pasaran di China pada hujung minggu lalu. Bagaimanapun rata-rata penonton memberi ulasan kritikal terhadap arahan sutradara Ryan Coogler itu.

Bagi mereka, filem tersebut membuatkan mereka mengantuk malah menyeksa mata disebabkan dipenuhi dengan orang kulit hitam sahaja.

Walaupun berdepan kritikan negatif, Black Panther masih memperoleh $66.5 juta dalam masa tiga hari pertama di China, menjadikan filem itu antara yang terbesar dalam sejarah di China.

Black Panther tidak menggembirakan pengulas China, yang kebanyakannya mengadu filem tersebut “terlalu hitam”.

“Mungkin orang China masih tidak terbiasa dengan filem yang penuh dengan orang kulit hitam,” tulis seorang penulis pada Douban.

Berdasarkan pemantauan Hip-Hop Wired, rata-rata netizen memberi pandangan yang sama;

“Walaupun skrin dengan kecerahan tertinggi, filem ini masih kelihatan ‘gelap’.”

“Black Panther adalah filem orang hitam, jadi semua watak juga hitam, banyak adegan juga sangat gelap, jadi ia benar-benar membuatkan saya mengantuk.”

“Pada saya, filem ini tidaklah segah yang dikatakan. Kisahnya biasa dan cliche. Di penghujung agak membosankan.”