Tue07172018

LAST_UPDATETue, 17 Jul 2018 1pm

Bintang WWE John Cena Mengaku Dirinya Peminat Fanatik BTS

..

Sebelum ini para peminat kumpulan terhangat Korea, BTS (Bangtan Boys) dikejutkan dengan kemaskini dan status ahli gusti profesional, John Cena yang memuat naik gambar J-Hope menerusi akaun Instgram miliknya.

Sejak itu BTS Army (gelaran untuk peminat fanatik) dikatakan mula 'memantau' akaun media sosial bintang WWE itu dan ternyata John Cena kerap memuat naik foto kumpulan yang popular dengan lagu Blood, Sweat, Tears itu.

Baru-baru ini, figura berusia 40 tahun itu memuat naik foto BTS dan foto perkataan "Mic Drop" (salah satu judul lagu BTS).

Bukan itu saja, dia juga mengikuti akaun media sosial BTS sekaligus menjadikan spekualsi peminat mendakwa dia adalah Army, tambah kukuh.

..

Ketika ditemubual Metro.uk, John Cena ditanya mengenai minatnya itu. Sambil tertawa, ahli gusti itu pun mengaku dia minat dengan J-Hope.

"Lagu 'Base Line' adalah lagu kegemaran saya yang dimuatkan di album mixtape J-Hope. Aku juga suka 'Hansang'," katanya.

..

Dalam pada itu, John Cena juga kagum dengan impak dan fenomena muzik KPop yang membuatkan dia secara tidak langsung mula aktif di media sosial semata-mata mahu mengikuti perkembangan kumpulan kegemarannya.

"Ketika suatu 'insiden' membahagiakan berubah menjadi sesuatu yang indah."

"Saya akhirnya diperkenalkan dengan budaya baru yang sangat fantastik, kerana saya belajar dari media sosial,"

"Ini kejadian yang sangat jarang berlaku jadi saya sangat senang mengatakannya, ya saya jadi Army," tuturnya.

Selain J-Hope, BTS dianggotai Jin, Suga, RM, V, Jimin dan Jungkook.