Mon04232018

LAST_UPDATEMon, 23 Apr 2018 12am

Terkilan Wajah Fatimah Az-Zahra Tular Sebelum Waktu

..

Momen kegembiraan Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa menyambut kelahiran bayi sulung mereka terganggu ekoran gambar wajah bayi diberi nama sementara sebagai Fatimah Az-Zahra itu tular di internet sejak petang semalam.

Memetik laporan HM online, pasangan itu mengakui terkilan dengan sikap tidak bertanggungjawab individu yang menyebarkan gambar terbabit.

"Ya, itu gambar anak kami,” kata Khalid.

Terdahulu, gambar dan video bayi itu dimuat naik di laman Facebook namun tindakan pemilik akaun itu mendapat kecaman netizen yang beranggapan wanita itu tidak menghormati privasi pasangan terbabit.

Rata-rata netizen meminta pemilik akaun itu membuang status dimuat naik.

Terdahulu, Khalid, 59, memaklumkan bakal berkongsi wajah dan nama sebenar anak mereka apabila tiba waktu sesuai.

Sementara itu, pengurus Siti, Rozi Abdul Razak turut meluahkan rasa terkilan dengan penyebaran gambar itu.

“Sebagai menghormati Siti dan suami, saya rasa kita yakinlah dengan apa yang mereka sudah katakan.

“Akan tiba hari dan masanya. Maaf kepada yang bertanya, kerana saya memilih untuk menghormati Siti dan suami,” katanya.

 { Baca lagi : Siti Nurhaliza & Suami Bersyukur Sambut Kelahiran Puteri Sulung

                      Fatimah Az-Zahra Nama Sementara Baby Siti Nurhaliza }