Mon04232018

LAST_UPDATEMon, 23 Apr 2018 12am

‘Konsert Hora Horey Didi & Friends’ Catat Rekod Pecah Panggung

..

‘Konsert Hora Horey Didi & Friends’, konsert animasi pertama di layar perak hari ini melakar sejarah apabila berjaya
mencatatkan rekod pecah panggung selepas 10 hari ditayangkan di pawagam-pawagam terpilih seluruh negara. Dengan kutipan melebihi RM1.4 juta.

Sekaligus konsert tersebut disenaraikan sebagai salah sebuah filem di bawah kategori ‘Top 5’ paling laris semasa dua hari pertamapenayangan, sebaris dengan filem-filem ‘box office’ lain seperti ‘Tomb Raider’, ‘KL Special Force’, ‘Black Panther’ dan ‘A Wrinkle in Time’.

Terdahulu, ‘Konsert Hora Horey Didi & Friends’ membuka tirai pada 10 Mac lalu dengan 34 buah pawagam TGV Cinemas di seluruh negara, termasuk diThe Mall, Brunei.

Minggu kedua penayangan ‘Konsert Hora Horey Didi &Friends’ menyaksikan pertambahan 27 lagi pawagam termasuk GSC, MM Cineplex dan MM2, menjadikannya sebanyak 61 buah pawagam di seluruh Malaysia dan Brunei.

..