Sun07222018

LAST_UPDATESun, 22 Jul 2018 9pm

Adik Neelofa Dikutuk Sebab "Eww" Kan Samsung & Tak Suka Baca Buku

..

Reaksi yang diberikan adik kepada selebriti terkenal Neelofa iaitu Nur Ameera Khan menerusi sebuah video YouTube baru-baru ini telah mengundang kemarahan netizen Malaysia.

Kali ini gara-gara gadis yang juga dikenali sebagai Little Miss Khan itu mengeluarkan ekspresi jelik terhadap telefon pintar jenama Korea, Samsung.

Dalam video berdurasi hampir dua minit itu, Ameera diajukan soalan apakah telefon pintar jenama iPhone atau Samsung menjadi pilihannya? Ketika menjawab, dia terus mempamerkan ekspresi jelik dengan berkata,

Samsung? “Eww”… What are you talking about? iPhone of course.

 

Tindakannya itu mengundang pelbagai reaksi negatif daripada netizen yang menonton video berkenaan meskipun mungkin ekspresi jeliknya itu dilafazkan tanpa niat.

Tidak cukup dengan itu, apabila ditanya apakah menonton filem atau buku yang menjadi pilihannya, tanpa berfikir panjang Ameera berkata yang dia bencikan buku sebaliknya lebih gemar menonton filem.

“Eww! No books! I hate books. I hate reading. Movies”.

Lantas membuatkan lebih ramai netizen mengecam dan melabel Ameera sebagai “Beauty with no brain”.

..

Selain, ada juga komen yang turut mengaitkan nama Neelofa sekali diheret sekaligus membuatkan keadaan lebih tegang memandangkan kontroversi mengaitkan Neelofa beberapa minggu lalu baru saja reda.

Dalam hal ini, rasanya tidak salah untuk Little Miss Khan memberikan pendapatnya mengenai apa yang disukai. Iyalah, lain orang lain minat, kan? Tak suka tak apa. Tetapi mungkin cara dan lagaknya itu kurang sesuai dan nampak agak angkuh.

Apatahlagi sebelum ini, berdasarkan status juga pandangannya menerusi laman sosial sering kali menggambarkan dia seorang yang sombong dan sentiasa cuba mencetuskan isu sehinggkan tak fasal-fasal, nama kakaknya terheret sama. Secara tidak langsung dia sendiri sebenarnya mencemarkan nama baik kakaknya itu.

Mungkin selepas ini, Little Miss Khan boleh belajar lagi cara untuk memberikan jawapan kepada sebarang pertanyaan dengan cara yang lebih bijak sekaligus menunjukkan dia seorang yang berbudi bahasa.