Tue07172018

LAST_UPDATETue, 17 Jul 2018 1pm

Isu Tudung Singkat Nampak Dada: Wany Janji Lebih Hati-hati

Kredit foto Instagram Wany Hasrita.Kredit foto Instagram Wany Hasrita.

Penyanyi cantik manis, Wany Hasrita memohon maaf kepada mana-mana pihak yang tersinggung dengan penampilannya mengayakan tudung singkat sehingga menampakkan bahagian dada ketika sesi fotografi untuk sebuah iklan, baru-baru ini.

Menurut laporan Kosmo!, gadis berusia 26 ini berjanji untuk lebih sensitif dan peka terhadap penampilan dirinya pada masa akan datang.

“Saya mohon maaf jika gambar tersebut telah menyinggung perasaan mana-mana pihak.

“Dosa tetap dosa dan saya akui itu kesilapan saya sendiri. Saya berjanji untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Penyanyi yang popular menerusi Rintihan Rindu juga berkata, dia tidak mengambil hati dengan komen netizen terhadapnya memandangkan setiap orang berhak untuk memberikan pandangan.

Malah ada juga pihak yang memintanya mengenakan tudung seperti dahulu kerana mereka meminati Wany kerana pakaiannya yang tidak terdedah dan sentiasa menutup aurat dengan sempurna.

"Saya terbuka menerima kritikan tetapi biarlah kritikan itu ditulis dengan penuh adab," katanya lagi.