Mon04232018

LAST_UPDATEMon, 23 Apr 2018 12am

Sweet Qismina Mahu Cabar Diri, Tak Mahu Lagi Jadi Budak-budak

..

Aktres remaja, Sweet Qismina mengakui enggan lagi dikenali sebagai pelakon kanak-kanak sebaliknya mengakui sudah bersedia menerima watak yang lebih matang pada masa akan datang.

Pelakon yang popular menerusi drama bersiri Hikayat Putera Shazlan ini mohon diberi ruang untuk menjayakan karakter yang bersesuaian dengan umurnya.

"Saya sebenarnya mahukan watak yang lebih matang ataupun remaja. Kiranya, watak yang selari dengan usia saya dan tak terlalu dewasa.

"Lagipun, saya dah letak target bila usia 20 tahun, I want to change totally dari segi pengambilan watak untuk lakonan," kata gadis berusia 21 tahun ini seperti yang dilaporkan Sinar Harian.

Bukan mahu bersikap cerewet, namun hos program ChiChi & ChaCha ini terpaksa berbuat demikian demi kelangsungan kerjaya seninya.

"Saya tahu, ramai yang kata fizikal saya seperti budak-budak, jadi mereka kata susah untuk saya capai tahap dewasa seperti artis lain.

"Tapi, saya akan cuba tukar perspektif mereka melalui bakat lakonan saya. Saya tak mahu lagi dilabel sebagai pelakon kanak-kanak," jelasnya.

Walaupun begitu, katanya tidak bermaksud dia akan terus menolak untuk menerima watak kanak-kanak, pada masa depan.

"Saya bukannya menolak bulat-bulat, jika tawaran itu datang saya akan pertimbangkan dulu.

"Ia juga bergantung kepada karakter dan jalan cerita naskhah terbabit," kata yang kini muncul menerusi filem televisyen bertajuk Suatukala.