Sun07222018

LAST_UPDATESun, 22 Jul 2018 9pm

Nama Sebenar 'Fatimah Az-Zahra' Diumum Hujung Minggu Ini

..

Perkembangan keadaan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan bayinya yang diberi nama sementara, Fatimah Az-Zahra terus mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia.

Pada 22 Mac lalu, menerusi Instagram miliknya Siti berkongsi gambar pertama menunjukkan dia mendukung puteri sulungnya itu berserta kapsyen memberitahu mereka dua beranak dalam keadaan baik dan semakin sihat.

Tidak lupa, pelantun lagu Jaga Dia Untukku ini turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh peminat dan kenalan bukan saja di tanah air malah di Indonesia, Singapura juga di Brunei yang mengirimkan ucapan tahniah.

Posting tersebut mendapat lebih daripada 500,000 likes.

..

Malam tadi, Siti berkongsi pula foto menunjukkan jari halus Fatimah menggenggam tanganya. Gambar tersebut disertakan kapsyen,

"Selamat malam sayang ibu ..#comelpipimerah tak sabar nak jumpa esok dan sertakan emoji serta #babyctdk" 

Posting yang mendapat lebih 200,000 likes itu turut menerima komen-komen positif daripada pengikut Siti.

..

Gambar ketiga, Siti berkongsi pula sebuah video yang merakamkan persalinan anaknya itu untuk hari yang kelima. Terdahulu, Siti juga ada berkongsi baju pertama yang dipakai oleh anakandanya.

..

Selain itu, menantu Datuk K, Tya Ariffin juga memuat naik gambar bersama Siti dengan anak masing-masing di laman. Dalam gambar itu, Tya merangkul anaknya, Arif Jiwa, manakala, Siti mendakap erat Fatimah.

..

Perkongsian demi perkongsian Siti serta ahli keluarganya mengenai Fatimah membuatkan para peminat semakin tidak sabar untuk menatap wajah penuh serta mengetahui nama sebenar bayi tersebut. InsyaAllah, kita sama-sama nantikannya, ya! Juga kita doakan Siti dan 'princess Fatimah' cepat-cepat dibenarkan keluar hospital.

Sementara itu, laporan media tempatan menyebut, suami Siti iaitu Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K, telah menyampaikan hajat mengundang Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Dzulkifli al-Bakri menyempurnakan tahnik, cukur rambut sempena majlis akikah anaknya, hujung minggu ini.

Menurut Datuk K juga, nama penuh puteri sulungnya itu akan diumumkan semasa majlis akikah kelak.