Mon07232018

LAST_UPDATESun, 22 Jul 2018 9pm

DJ Terseksi Malaysia Dedah Diugut Bunuh, Dibelasah Bekas Kekasih

..

Model dan DJ terseksi tempatan dikenali sebagai DJ Leng Yein mendakwa dibelasah teruk oleh teman lelakinya sehingga mengakibatkan kecederaan di wajahnya serta beberapa anggota fizikalnya yang lain.

Menerusi akaun Facebook miliknya, dia memuat naik gambar-gambar menunjukkan wajahnya dengan kesan luka, lebam dan berdarah.

Posting tersebut turut disertakan dengan penjelasan menggambarkan dirinya telah menjadi mangsa kekejaman bekas kekasihnya itu dalam tempoh dua tahun hubunga mereka.

Menurut Yein, lelaki tersebut juga pernah mengancam mahu membunuhnya serta kakaknya Leng Sean yang juga merupakan seorang selebriti media sosial tempatan yang berpengaruh.

Foto yang dimuat naik itu menunjukkan dia telah mengalami luka di bahagian kepala dan berdarah di bahagian tangan selain kesan lebam dan luka di wajahnya serta anggota badan.

Beberapa sebelum itu, DJ yang popular keranan menjalani pembedahan kosmetik (termasuklah membesarkan payudara) ini, telah memeuat naik rakaman video selama 10 minit mengenai pertengkarannya pasangannya itu.

Dia menulis status terkininya menggambarkan dia seolah-olah dalam kesulitan dan kepda merayu tiga juta pengikutnya melalui mesej,

"Bantu saya", "Dia mengunci Wi-Fi saya tolong saya", tulisnya.

Laporan The Malay Mail menyebut, gambar kecederaan yang dia kongsi itu dipercayai bukan gambar terkini. Sebagai contoh, imej luka di kepalanya itu jelas menunjukkan warna rambut perang sedangkan di dalam video live, rambutnya berwarna merah jambu.

"Saya tidak takut dengan KEBENARAN. Ini BUKAN CINTA. Keganasan rumah tangga TIDAK BENAR, "katanya .

Jelas wanita berusia 33 tahun itu lagi, dia sudah berpisah dengan teman lelakinya itu sebelum menjalani pembedahan baru-baru ini.

Yein terbang ke Taiwan untuk menjalani pembedahan selepas mengalami masalah alergi yang teruk selepas menikmati makanan laut di Singapura dua minggu lalu. Dia berkata, sekembalinya dia rumah, dia mencari lelaki tersebut yang masih tinggal di kediamannya.

Yein dikenali sebagai DJ perempuan popular di Malaysia kerana penampilannya yang seksi. Bukan saja di Malaysia malah namanya popular di rantau Asia. Dia juga pernah menjadi salah seorang finalis Miss Malaysia pada tahun 2003 (ketika itu dia berusia 18 tahun).