Tue06192018

LAST_UPDATETue, 19 Jun 2018 12am

"Tidak Semena-mena Fathia Muat Naik Gambar Saya Dan Zul - Lizzy

..

Penyanyi Elizabeth Tan atau Lizzy mengaku terkejut selepas mengetahui fotonya bersama Zul Ariffin dimuat naik oleh aktres kontroversi Fathia Latiff di akaun sosial Instagram, semalam.

Tambah membuatkan pelatun lagu Setia ini berasa lucu, perkongsian foto tersebut turut disertakan dengan kapsyen mendoakan yang terbaik buat dia dan Zul sedangkan mereka sebenarnya menjalani penggambaran bersama-sama.

"Saya dimaklumkan pengurus mengenai perkara itu. Lucu ada... Terkejut pun ada. Ini kerana tidak semena-mena Fathia memuat naik gambar saya dan Zul sedangkan kami sedang berlakon bersama.

"Saya tidak pernah berjumpa Fathia, apatah lagi berkawan dengannya," katanya seperti yang dilaporkan BH Online.

Kira-kira tiga hari lalu, Elizabeth memuat naik foto memaparkan dirinya bersama Zul dipercayai dirakam di lokasi penggambaran filem Misteri Dilaila arahan Syafiq Yusof di Bukit Fraser, Selangor.

Sebelum ini, Zul menjadi bualan peminat selepas mengumumkan putus cinta dengan pelakon, Zahirah Macwilson.

Dalam pada itu Lizzy berharap perkongsian Fathia itu tidak menimbulkan salah faham peminat atau individu yang rapat dengan aktor berkenaan.

"Biarpun tidak mengenali Fathia secara rapat, saya mendoakan yang terbaik buat dirinya," katanya.

Fathia bagaimanapun sudah menarik balik perkongsian tersebut daripada Instagramnya.