Tue06192018

LAST_UPDATETue, 19 Jun 2018 12am

Pandangan Wardina Tak Percaya DAP Tak Hormat Islam Dikritik Netizen

..

Selebriti popular Wardina Saffiyah, 38, sekali lagi mencuri perhatian rakyat Malaysia dengan berkongsi pandangannya di media sosial mengenai situasi politik menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang tinggal kurang lebih dua minggu saja lagi.

Menurut laporan sebuah blog politik, kali ini pelakon yang cukup popular menerusi sitkom Spanar Jaya itu meluahkan kenyataan seolah-olah sudah meluat terhadap usaha-usaha pihak tertentu yang menjadikan DAP sebagai modal untuk menakut-nakutkan umat Islam.

"DAP sebagai modal nak takutkan orang Islam? Sudah-sudahlah main sentimen agama. Orang sekarang dah bijak banyak.

"Tidak hairan kenapa pengikut caci maki sana sini, tengok cara pemimpin menjatuhkan pihak lawan. Suka bermain emosi. Suka gunakan agama. Suka menakutkan,” tulisnya.

Bagaimanapun kemaskini status tersebut sudah ditarik balik daripada akaun Facebook miliknya.

Wardina yang kini menetap di Queensland, Australia, turut membuat perbandingan realiti yang berlaku di Malaysia dan Australia, tentang bagaimana golongan minoriti ditindas hanya kerana berbeza agama.

..

"Aduhai. Bila saya tengok…sama. Sama kan? Sakit nya hati bila membaca berbagai berita dan hinaan terhadap orang Islam. Sedih. Susahnya menjadi minoriti. Jadi kepada kita yang menjadi majoriti adalah amanah kita menjaga minoriti kerana itulah Islam.

"Tidak saya tidak percaya DAP mahu mengambil alih dan tidak hormat Islam. Saya percaya ramai yang hormati Muslim dan mereka sedar ini adalah negara Islam," jelasnya.

"Saya tidak percaya mereka jahat sepertimana agama lain tidak anggap Muslim jahat. Sekarang boleh henti guna DAP sebagai modal nak takutkan orang Islam” ujar beliau.

Walaupun begitu, pandangan lantang Wardina ini mendapat kritikan daripada segelintir netizen yang tidak sependapat dengan beliau dan masih yakin bahawa DAP bukan parti yang memperjuangkan Islam.

..

..

Meskipun tinggal berjauhan namun Wardina sentiasa mengikuti perkembangan isu semasa dan politik negara malah lantang meluahkan pandangan terhadap satu-satu isu yang timbul.

Pada 6 April lalu, menerusi akaun Facebook, ibu kepada tiga cahaya mata ini memuat naik status mengenai keberaniannya mengatakan dia tidak menyokong Barisan Nasional.