Wed06202018

LAST_UPDATETue, 19 Jun 2018 10pm

Kes Pemerdagangan Seks: Aktres Smallville Diikat Jamin RM19 juta

..

New York: Aktres Allison Mack yang dibebaskan dari penjara dengan ikat jamin AS$5 juta (RM19 juta) sementara menantikan perbicaraan atas tuduhan merekrut wanita menjadi pelacur dalam kumpulan sokongan rahsia dikendalikan Keith Raniere.

Hakim membebaskan Mack, yang dikenali dengan peranannya dalam siri Smallville, selepas ibu bapanya bersetuju menjadikan rumah keluarga mereka di Los Alamitos, California, sebagai cagaran.

Sementara Mack, 35, juga bersetuju tinggal dengan ibu bapanya sebagai tahanan dalam rumah.

Pendakwa raya persekutuan di New York mendakwa Mack dengan enam tuduhan pemerdagangan seks dan konspirasi merekrut wanita menyertai program Nxvim dikendalikan Raniere di Albany, New York, mewakilinya sebagai mentor wanita.

Mereka berkata, Mack mengaku tidak bersalah memainkan peranan penting dalam kumpulan itu.

..

Pendakwa dan peguam Mack berkata dalam fail mahkamah bahawa kedua-dua pihak kini terbabit dalam rundingan mengemukakan rayuan.

Raniere, 57, ditahan atas tuduhan pemerdagangan seks bulan lalu, dan kini ditahan tanpa jaminan.

Hakim Viktor Pohorelsky dari Brooklyn meletakkan syarat melarang Mack berhubung dengan Raniere, Nxivm atau sesiapa yang ada berkaitan pertubuhan itu.