Wed06202018

LAST_UPDATETue, 19 Jun 2018 10pm

Tak Mahu Lagi Kongsi Hal Peribadi Kepada Umum

..

Pelakon Nazim Othman membuat keputusan untuk tidak lagi berkongsi perkembangan peribadi dan rumah tangganya dengan aktres Bella Dally kepada umum.

Memetik laporan mStar online, Nazim bagaimanapun berkata rumah tangganya kini berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

"Dari segi kehidupan peribadi saya stabil, maknanya tiada kekusutan yang berlaku, tenang-tenang sahaja, selagi boleh senyum saya OKlah.

"Saya tidak biasa bercakap hal peribadi, kalau ada perkembangan lain saya akan beritahu,” katanya.

Nazim dan Bella Dally berkahwin pada 10 September 2016.

Dalam pada itu Nazim menjelaskan sebab dia mahupun Bella sudah jarang berkongsi gambar di akaun media sosial masing-masing kerana mahu menjaga privasi keluarga.

"Bukan gambar dia sahaja, gambar peribadi saya pun sudah jarang kongsikan kerana biarlah menjadi eksklusif saya sahaja.

"Saya juga sudah belajar daripada pengalaman sebelum ini iaitu terlalu terdedah di media sosial yang akhirnya memberi kesan buruk kepada kami," ujarnya.