Tue06192018

LAST_UPDATETue, 19 Jun 2018 10pm

Bukan Emma Maembong Yang Minat Syed Saddiq Tapi...

..

Ekoran video boomereng serta foto bersama Syed Saddiq yang dimuat naik di akaun Instagramnya minggu lalu, ada pihak menuduh Emma Maembong cuba mendekati Ahli Parlimen Muar itu.

Mengulas mengenai dakwaan tersebut, pelakon filem Kimchi Untuk Awak ini menjelaskan dia sebenarnya sudah mengenali dan berkawan baik dengan Syed Saddiq sejak dua tahun lalu.

"Orang cakap saya nak try (pikat) Syed Saddiq selepas saya memuat naik gambar bersama dia beberapa hari lalu.

"Mereka sepatutnya periksa Instagram saya dari dulu kerana dulu pun saya pernah memuat naik foto dia dan dia juga ada datang pelancaran filem Kimchi Untuk Awak lakonan saya,” katanya seperti yang dilaporkan mStar online.

Video boomereng tersebut mendapat lebih satu juta tontonan. Bagaimanapun Emma menutup ruangan komen pada video berkenaan selepas menerima kecaman.

Dalam pada itu, Emma mendedahkan perkenalannya dengan Syed Saddiq bermula kerana pembantu peribadinya terlalu meminati pemuda itu.

Dia kemudian menghubungi Syed Saddiq dengan harapan pemuda berusia 26 tahun itu dapat memberi kejutan dan ucapan sempena sambutan hari jadi untuk pembantunya itu.

"Pembantu peribadi saya minat dengan dia dan saya cuba hubungi dia untuk dia beri kejutan kepada pengurus saya.

"Dia setuju untuk jumpa dan datang dengan kek hari jadi kepada pembantu saya. Sejak itu hubungan kami baik dan selalu bertanya khabar seperti seorang kawan,” ujarnya.

Emma berkata, netizen hanya mempersoalkan hubungan mereka selepas Syed Saddiq mula mendapat perhatian. Bagaimanapun, aktres ini berkata hubungan itu bukan bermaksud dia menyokong mana-mana parti politik.

"Saya berkawan dan post gambar dia tidak bermakna saya sokong mana-mana pihak. Saya juga ada post foto dengan pakcik saya yang juga bekas menteri besar Terengganu.

"Bapa saya dulu pelukis di PWTC dan saya akui membesar dengan Umno tetapi saya mengambil pendirian untuk tidak berada di mana-mana pihak pun," ujarnya.