Wed06202018

LAST_UPDATETue, 19 Jun 2018 10pm

Aishwarya Rai Dah Ada Instagram

..

Aktres jelita Bollywood Aishwarya Rai akhirnya membuka akaun Instagram dengan nama @aishwaryaraibachchan_arb.

Bekas Miss World itu dibuat sempena 17 tahun Festival Filem Cannes yang dihadirinya pada Sabtu lalu.

Perkara itu diberitahu kepada media Bollywoodlife.com.

Pengurusan artres itu mengesahkan bahawa ia adalah akaun rasmi, biarpun belum mendapat pengesahan daripada pihak Instagram.

Antara foto yang dimuat naik Aishwarya Rai ialah gambar dia bersama ibu serta anak perempuannya, Aaradhya Bachchan.

Sehingga kini akaun itu sudah pun mencecah 1.2 juta pengikut. Dia juga memuat naik sebanyak 29 gambar.

..