Wed06202018

LAST_UPDATETue, 19 Jun 2018 10pm

Bintang 'Law of The Jungle' Kini Berada Sabah

..

Barisan selebriti popular yang bakal menjayakan program dokumentari-realiti terhangat Korea, Law of the Jungle (LOTJ) dilaporkan selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, pada malam Rabu.

Selebriti tersebut ialah anggota kumpulan Shinwa iaitu Eric Mun, Andy Lee, Min Woo, pelakon Yoon Shin Yoon, Jang Dong Yoon dan aktres Lee Da Hae.

Ketibaan mereka disambut puluhan peminat yang sudah menunggu sejak dari petang lagi.

..

Difahamkam mereka akan menjalani penggambaran Law Of The Jungle musim terbaru di sekitar pulau Bornei itu.

Program terbitan stesen KBS itu dijangka akan ditayangkan pada Julai depan.

LOTJ baru-baru ini menjalani penggambaran di Antartika dan kemudian di Mexico sebelum berkunjung ke Malaysia.