Wed06202018

LAST_UPDATETue, 19 Jun 2018 10pm

Shuib, Siti Sarah Rasai Pengalaman Puasa Berdua di Mekah

..

Ramadan tahun ini memberi pengalaman berbeza dan lebih istimewa buat pasangan selebriti Shuib dan Siti Sarah yang berpeluang menjalani ibadah puasa di tanah suci Mekah.

Menerusi laporan Kosmo!, mereka berdua telah berangkat mengerjakan umrah selama dua minggu sejak 14 Mei lalu selepas hasrat mereka mahu ke sana pada Disember tahun lalu tertangguh.

Sebelum ini, Siti Sarah pernah mengerjakan umrah iaitu pada tahun 2005, manakala buat Shuib pula ia menjadi pengalaman pertama.

Shuib dan Sarah berkahwin pada 2011 dan dikurniakan tiga anak iaitu Uwais Al Qarni, Dzakira Talita Zahra dan Ariq Matin.

Sekembalinya mereka ke tanah air nanti, Shuib berkata, dia dan isterinya akan kembali fokus pada perancangan kerjaya.

Dia bakal membuka sebuah agensi pelancongan. Manakala Siti Sarah akan membuat persiapan untuk satu persembahan mini selain mengusahakan perniagaan sabun jenamanya.