Mon06182018

LAST_UPDATEMon, 18 Jun 2018 3pm

Kekasih Kourtney Kongsi Curi Perhatian Kongsi Erti Ramadan, Solat Tarawih

..

Hubungan personaliti TV Kourtney Kardashian dan model kacak Younes Bendjima bukan lagi rahsia. Malah, ramai tahu lelaki berasal dari Algeria itu beragama Islam.

Sebelum ini pun, Younes tidak 'menyorok' identitinya sebaliknya dia selalu berkongsi di akaun media sosial mengenai agama Islam termasuklah dia bersolat dan menonton rancangan agama oleh pendakwah terkenal Zakir Naik.

..

Sempena bulan mulia Ramadan ini, pemuda berusia 24 tahun itu membuktikan dia tidak juga lupa dengan tangunggjawabnya sebagai muslim serta berkongsi pengertian bulan Ramadan dengan para pengikutnya.

Sejak hari pertama berpuasa, Younes kerap memuat naik status menerusi Insta Story mengenai keistimewaan Ramadan.

"Sudah tak sabar lagi!" tulisnya sambil mumemuat naik foto tentang pengertian Ramadan di Insta-Story.

Dia juga memuat naik foto yang menunjukkan seperti sedang membeli kurma. Younes juga memberitahu dia menjalani ibadah solat Tarawih.

..

Posting tersebut mendapat pelbagai reaksi peminat yang rata-rata kagum dan gembira dengan cara Younes memperkenalkan Ramadan kepada dunia.

"Ini memang dramatis, tapi Mohamed Salah dan Younes Bendjima berjaya mengembalikan harapan saya kepada lelaki Arab," tulis salah seorang peminat.

"Younes Bendjima mempersembahkan budaya Afrika Utara dan Ramadan dengan baik!" tambah seorang lagi.

Younes dan Kourtney, 39, telah menjalinkan hubungan cinta sejak setahun setengah yang lalu.

Menerusi status yang pernah dimuat naik di Instagram, pada awal 2016, Younes dipercayai menjalin hubungan dengan Sofia Richie, 19.

Sofia kini dikatakan sedang menjalin asmara dengan Scott Disick iaitu bekas teman lelaki Kourtney.