Mon06182018

LAST_UPDATEMon, 18 Jun 2018 3pm

Kisah Hidup Harry Styles Didedah Dalam Siri Komedi

..

Harry Styles nampaknya tidak puas dengan hanya bergelar penyanyi dan pelakon. Selepas meraih populariti dengan One Direction serta membintangi filem Dunkirk, penyanyi berusia 24 tahun ini bakal menjadi penerbit eksekutif untuk siri komedi bertajuk "Happy Together" yang akan ditayangkan di saluran CBS.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif CBS, Kelly Kahl, "Happy Together" bakal mengangkat kisah kehidupan sebenar Harry.

Bagaimanapun bukan pelantun lagu Sign of the Times itu yang akan melakonkan karakter dirinya dalam siri tersebut.

"Happy Together" berlatarkan kehidupan Harry ketika dirinya baru diawal pemulaan untuk mencapai populariti bersama One Direction.

Ketika itu, penyanyi berasal dari Cheshire ini memilih tinggal bersama temannya, Ben Winston dan isteri di pinggir Kota London bagi memudahkan dia berulang alik melakukan pekerjaannya.

Pada awalnya, isteri Winston iaitu Meredith sepakat untuk membenarkan Harry tinggal di kediaman mereka selama dua bulan. Tetapi akhirnya bekas kekasih Taylor Swift itu menetap di rumah mereka selama 20 bulan.

"Dua puluh bulan itu merupakan saat mereka (One Direction) mengikuti acara 'X-Factor' sehingga menjadi artis dengan penjualan album terbesar di dunia," kata Ben seperti yang dilaporkan Independent pada Jumat (18/5).

..

Ben juga memberitahu bahawa masyarakat di sekeliling rumahnya tidak pernah mengetahui bahawa Harry yang tinggal bersamanya akan menjadi artis terkenal.

"Tidak ada sesiapa yang pernah tahu, sungguh. Bahkan ketika kami pergi untuk makan tidak ada yang menyangka bahawa itu adalah dia (Harry)," tambah Ben.

Meskipun pada mulanya keberatan, namun Ben dan Meredith mengaku lama kelamaan terbiasa dengan kehadiran Harry. Bahkan keduanya merasa kehilangan ketika Harry pindah dari rumah mereka.

"Dia (Harry) membuat rumah kami begitu nyaman. Dan ketika dia pindah, kami berasa putus asa," tutur Ben.

"Happy Together" bakal dibintangi Damon Wayans Jr. dan Amber Stevens Wes yang berperanan sebagai Ben dan Meredith. Manakala watak Harry akan dilakonkan oleh Felix Mallard.

Siri komedi ini dijangka akan sekitar bulan September hingga Oktober depan.