Mon06182018

LAST_UPDATEMon, 18 Jun 2018 3pm

Maya Karin Seru Netizen Terus Sokong Petisyen Alam Sekitar

..

Selebriti jelita Maya Karin terpanggil untuk membantu Persatuan Biologi Pemuliharaan Malaysia dalam mewujudkan satu petisyen meminta kerajaan persekutuan yang baharu mengekalkan dan memperkasa satu portfolio alam sekitar.

Lapor mstar online, pelakon yang sering terbabit dengan aktiviti dan kempen alam sekitar ini meyeru orang ramai di laman sosialnya untuk menandatangani petisyen berjudul "Kami memerlukan kementerian yang berdedikasi untuk alam sekitar dalam Kerajaan Malaysia!" itu, bermula pada 18 Mei lalu.

"Kepada anda semua yang dihormati, kami cuba untuk mencari kira-kira 20,000 tandatangan untuk memberi impak.

"Petisyen ini terdapat dalam bahasa Inggeris, BM (Bahasa Malaysia), Tamil dan Mandarin. Sila kongsikan dan galakkan lebih ramai orang untuk tanda tangan. Kami memerlukan semua bantuan anda untuk melakukan perkara ini," tulisnya di Twitter

Menerusi petisyen tersebut, perletakan portfolio pengurusan alam sekitar ke dalam kementerian lain akan melemahkan usaha pemuliharaan dan perlindungan warisan semula jadi.

Kumpulan itu menyeru kerajaan untuk meletakkan nilai yang tinggi ke atas portfolio ini dan memilih menteri yang ikhlas dalam melindungi alam sekitar.

Sementara itu, Maya mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang menyokong usaha itu dan masih meneruskan usaha tersebut.Sementara itu, Maya mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang menyokong usaha itu dan masih meneruskan usaha tersebut.

"23,000 and counting! Thank you!" tulisnya.

Pada 18 Mei lalu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan 14 anggota Parlimen Pakatan Harapan yang dilantik sebagai menteri Persekutuan.

Bagaimanapun, sehingga kini menteri bagi menerajui Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar tiada dalam senarai tersebut.