Wed06202018

LAST_UPDATETue, 19 Jun 2018 10pm

Tuntutan Bekas Suami Mahu Elly Mazlein Dipenjara Ditolak Mahkamah

..

Menerusi entri terbaru di laman Instagram, pelakon dan penyanyi Elly Mazlein meluahkan lagi rasa terkilan dengan sikap bekas suaminya, Azmi Hatta yang masih tidak memberikan nafkah anak.

Tambah mengejutkan, Elly juga mendedahkan Azmi membuat tuntutan kepada pihak mahkamah untuk memenjarakan dirinya atas dakwaan tidak bertanggungjawab terhadap anak.

Menerusi kenyataan panjang lebar yang ditulis, Elly menyifatkan pengarah drama itu sebagai kejam kerana mempunyai niat untuk memisahkan dia dengan anak perempuannya, Puteri Sara Sefhia atau lebih mesra dengan nama timangan, Manja.

Menurut Elly, bekas suaminya itu sepatutnya meneruskan kehidupannya yang kini sudah sempurna di samping isteri Fey Kusairi dan anak lelaki mereka.

"Azmi sangat kejam punya impian nak pisahkn kakak lina dengan manja. Tak tahu la bile agaknya Azmi nak move on. Sepatutnya ikut akal logic, kakak lina la yang lebih patut berdendam sebab Azmi dah nikah, dah ada baby, keluarga sempurna”

"Mereka lebih sempurna tetapi mengapa mereka masih berdendam dan kacau kehidupan kami tiga beranak. Lepas ni kakak lina akan usahakan pula, cadangan untuk meminta pihak produksi Azmi untuk memotong gajinya setiap bulan untuk pembayaran nafkah sefhia yang hanya rm1500"

“Alhamdulillah di bulan yang Mulia kakak lina dapat keadilan. Mahkamah tolak tuntutan Azmi untuk Penjarakan kakak lina. Salah satu alasan Azmi Hata kata kakak lina mama yang tidak bertanggungjawab kepada Sefhia,” jelasnya.

..

Diharapkan isu antara Elly dan bekas suaminya itu dapat diselesaikan dengan cara yang lebih baik dan semoga Elly terus tabah menghadapi dugaan di bulan Ramadhan ini disamping menjadi ibu yang cekal demi kebaikan Sefhia.