Wed06202018

LAST_UPDATETue, 19 Jun 2018 10pm

6 Bulan Tiada 'Job', Raja Afiq Jual Pemanis Mulut Demi Sara Hidup

..

Pelakon Raja Afiq dilaporkan pernah hilang punca pencarian selama enam bulan selepas namanya terpalit dengan kontroversi buruk sekitar tahun lalu berhubung isu kononnya menghamilkan seorang wanita.

Namun ketika itu pelakon yang mula dikenali menerusi drama Sayangku Kapten Mukhriz ini menyangkal dakwaan tersebut dan anggap itu sebagai fitnah terhadap dirinya.

Menerusi entri terbaru di Instagram, pemuda berusia 23 tahun ini ada memuat naik kenyataan berharap agar tiada lagi fitnah yang dilemparkan ke atas dirinya.

"Sampai sekarang aku masih pegang lagi kata-kata semangat yang ini.

"Aku percaya InsyaAllah kalau kita ikhlas dan jujur dengan apa yang kita buat Allah pasti akan memudahkn kita untuk buat segala urusan di dunia.

"Aku percaya sekarang mungkin belum sampai rezeki aku InsyaALLAH di kemudian hari akan datang rezeki ku. Mungkin sekarang ni ALLAH bagi aku hujan dan nanti lepas hujan mesti ada pelangi kan. InsyaALLAH Amin.

"Aku harap sangat tidak ada lagi fitnah yang akan diberikan pada aku selepas ini. Semoga ALLAH memaafkan manusia yang telah memburukan aku dan menyangka buruk pada aku. Amin. #muhasabahdirisendiri," tulisnya.

..

Lapor Sinar Harian, sepanjang tempoh dia tidak mendapat apa-apa tawaran berlakon, Raja Afiq menjalankan perniagaan menjual pemanis mulut sebagai menampung kehidupannya.