Wed06202018

LAST_UPDATETue, 19 Jun 2018 10pm

"Ramai Budak Lelaki Nak Jadi Lembut Sebab Dia" - Nam Ron Sindir Sharnaaz

..

Tindakan pelakon Sharnaaz Ahmad mengecam dan memarahi selebriti media sosial Faiz Roslan gara-gara aksinya menari dan berpewatakan seperti perempuan menerusi sebuah video parodi yang diperkatakan sejak minggu lalu turut mendapat perhatian pelakon dan pengarah, Nam Ron.

Memetik laporan mStar online, Nam Ron berkata Sharnaaz tidak perlulah melenting dan memarahi remaja berkenaan memandangkan Sharnaaz juga pernah melakonkan watak lelaki lembut menerusi drama Suamiku Encik Sotong.

Tidak mustahil berkemungkinan drama popular lakonan Sharnaaz itu sedikit sebanyak memperngaruhi Faiz untuk berperwatakan wanita ketika melakukan video parodi tersebut.

..

"Saya rasalah budak Faiz tu terpengaruh dengan watak lembut yang Sharnaaz pernah bawak dulu tu. Cerita apa dia tak tau.

"So, saya rasa dia tak patut marah kat budak tu sebab budak tu terpengaruh dengan lakonan powernya. Budak-budakkan suka meniru," tulisnya di Twitter.

..

Baru-baru ini Sharnaaz mengeluarkan kenyataan lantang menegur secara kasar tindakan Faiz bersama rakan-rakannya yang membuat parodi lagu Lagi Syantik dengan berpakaian seperti wanita dan aksi itu dianggap keterlaluan.

Dalam pada itu tambah pelakon filem Bunohan itu lagi, Sharnaaz sebaliknya harus berbangga lakonannya sebagai lelaki lembut sebelum ini dilihat berjaya memikat hati penonton.

"Dia patut bangga sebab ramai budak lelaki nak jadi lembut. Itu tandanya lakonannya berjaya memikat hati penonton.

"Dulu masih cerita Superman tengah hib ramai gila budak-budak nak jadi Superman sampai ada terjun flat pakai baju Superman beli kat pasar malam. Tapi takde pulak Superman ugut nak tibai (pukul) depa," katanya sinikal.

Nam Ron pernah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Redha dalam Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM29) pada 2017.