Mon06182018

LAST_UPDATEMon, 18 Jun 2018 3pm

Johan Minta Maaf Isu Tweet Suruh Polis Check Rumah Tun M

..

Ketelanjuran pelakon Johan As’ari menulis di Twitter mengenai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengundang kecaman netizen.

Menerusi statusnya, Johan memuat naik Tweet berbunyi “Cuba check rumah Tun, mesti banyak juga duit”.

..

Pelakon filem Juvana ini bagaimanapun menjelaskan dia tidak mempunyai niat buruk dan merasakan berhak untuk meluahkan apa saja di laman sosial miliknya.

"Saya tidak ambil pendekatan yang serius, malah akaun Twitter saya ada hak untuk meluahkan apa yang saya mahukan.

"Saya tidak terfikir perkara ini akan tular, secara tidak langsung saya rasa bersalah dengan netizen diluar sana dan dengan rendah hati saya pohon maaf kepada yang terguris," katanya seperti yang dilaporkan mStar online.