Wed06202018

LAST_UPDATETue, 19 Jun 2018 10pm

Tak Perlukan Strategi Publisiti Murahan Untuk Lariskan Produk

..

Pelakon Sherry Ibrahim tidak sesekali menggunakan pendekatan publisiti murahan sebagai cara pemasaran bagi mempromosikan produk jualannya.

Memetik laporan Harian Metro, Sherry berkata, dia percaya dengan kualiti produk yang diketengahkan mampu menarik minat pembeli.

"Saya akui memang ramai orang menggunakan strategi viral sebagai salah satu cara untuk memperkenal dan melariskan produk.

"Saya percaya jika kita buat sesuatu perkara dengan baik pasti hasilnya juga baik. Saya juga percaya dengan kualiti produk dan strategi pemasaran sedia ada iaitu mendekati pelanggan dengan cara turun padang,” katanya.

Dalam pada itu, bekas pramugari ini berkata sejak berhijrah dan tampil dengan imej bertudung kira-kira dua tahun lalu, rezekinya dalam lakonan semakin murah

"Alhamdulillah rezeki saya semakin murah dengan tawaran demi tawaran yang datang. Cuma tidak dinafikan ada watak yang terpaksa ditolak kerana tidak bersesuaian dengan imej berhijab. Saya percaya Allah itu maha adil dan rezeki ada di mana-mana,”katanya.

Mengenai kisah peribadi, Sherry kini dalam fasa mengenali hati budi seseorang namun belum bersedia bercerita lebih lanjut.

Kata pelakon drama Syurga Yang Kedua berkata, selagi tiada ikatan yang sah, dia tidak mahu terlalu bercerita mengenai hubungan mereka.