Wed06202018

LAST_UPDATETue, 19 Jun 2018 10pm

Dah Kecam Saya Terang-terang, Mereka DM Minta Maaf - Elfira Loy

..

Sejak kebelakangan ini nama Elfira Loy tidak habis-habis dihimpit kontroversi samada berkaitan hal peribadinya, isu tular ubat tinggi dan yang terbaru dakwaan kononnya dia menjadi punca perpisahan pasangan pelakon Nazim Othman dan Bella Dally.

Mengaku terkejut dengan 'serangan' bertubi-tubi serta kecaman netizen, pun begitu gadis berusia 24 tahun ini sebolehnya akan memastikan isu yang terpalit pada dirinya tidak terus diperbesar-besarkan.

Tidak menyalahkan sesiapa, kata Elfira, dia sekarang sudah jarang 'menjawab' tohmahan dan enggan mengambil pusing komen negatif netizen. Sebaliknya mengambil pendekatan berdiam.

"Dah 11 tahun saya dalam industri dan saya akui benda ni (satu per satu kontroversi) masih baru bagi saya. Dan tak tahu lah kenapa tahun ini macam semua yang saya buat tak kena di mata orang. Sampaikan saya tertanya-tanya, adakah benda macam ni yang sering dilalui oleh insta-famous dan macam mana mereka boleh hadapinya?

"Tapi kata orang "Once people talk about you, thats when you are in the great position". Orang nak jatuhkan kita sebab kita berada di atas, tak mungkin kita berada di bawah orang nak jatuhkan kita, kan?

"Saya anggap ia sebagai cabaran sebab lagi saya bercakap benar lagi lah benda itu salah untuk diri saya. Jadi, lebih baik saya diam dan sekarang ni pun saya dah kurang menjawab atau membalas kritikan mereka," katanya ketika ditemui pada majlis memperkenalkan skuad selebriti Shopee bertempat di hotel Grand Hayatt KL, pada Rabu.

Pada majlis tersebut Elfira bersama barisan artis terkenal yang lain seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Izara Aishah, Emma Maembong, Nora Danish dan Heliza Helmi masing-masing meuar-uarkan mengenai produk jualan mereka menerusi Shopee yang juga merupakan platform e-dagang terkemukan Asia Tenggara itu.

Dedah Elfira, ada kalangan netizen yang melemparkan kritikan telah meminta maaf menerusi kiriman DM kepadanya. Walaupun pada awalnya dia terkejut namun dia menyambut baik permohonan maaf itu.

"Sebenarnya pengguna media sosial ni, mereka saja nak bercakap, mereka ada sifat ingin tahu disebabkan ada ruang untuk mereka boleh memperkatakan sesuatu. Walaupun ada sesetengahnya tahu yang perkara itu sebenar tidak betul.

"Ada juga di kalangan mereka yang dah kritik dan kecam saya, dan kemudian mereka meminta maaf tapi mereka tak buat secara terbuka sebaliknya mereka DM saya. Saya terkejut juga tapi saya okay jer. Dan baru saya tahu yang mereka sebenarnya saja-saja nak bercakap tentang saya,"tuturnya.

Pun begitu, Elfra menengaskan dia tidak pernah menjadikan kontroversi sebagai peluang untuk namanya terus meraih publisiti.

"Saya tidak tahu tentang publisiti sebab apa yang saya buat selama ni atas dasar kerja tapi ia datang dalam satu pakej.

"Saya akui saya tidak selesa (dengan kontroversi) sebab dari dulu lagi saya sentiasa nak pastikan trek kerjaya saya bersih dan saya buat kerja dengan ikhlas," ujarnya.

Dalam pada itu berkongsi mengenai aktviti sepanjang Ramadan, Elfira memberitahu dia menggunakan masa sebulan ini untuk berehat dari sebarang aktiviti seni sebaliknya beralih tumpuan kepada perniagaan kafe serta hobi memasak.

Sepanjang bulan puasa ini saya sangat releks, banyak duduk di rumah dan di kafe. Saya suka memasak dan sekarang ni hari-hari saya memasak.

"Memang sebenarnya setiap kali Ramadan, saya kurangkan aktiviti seni sebab nak tumpukan pada bisnes di kafe," katanya.