Sat06232018

LAST_UPDATESat, 23 Jun 2018 10am

Teringin Nak Sambut Aidilfitri

Kredit foto Berita HarianKredit foto Berita Harian

Penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan teringin untuk merasai sendiri pengalaman meraikan hari raya Aidilfitri.

Bagaimanapun gadis yang mesra disapa sebagai Lizzy ini berkata, dia tidak mempunyai ramai kawan berbangsa Melayu.

Jadi dia belum pernah berpeluang untuk melihat sendiri bagaimana tradisi orang Melayu menyambut Syawal.

"Teringin juga nak sambut raya Aidilfitri. Tapi saya tidak ada ramai kawan Melayu. Saya rapat dengan seorang kawan Melayu dan tahun ini dia balik beraya di Terengganu tetapi saya tak berpeluang ikut dia balik kampung," katanya kepada Malaysian Digest.com

Tambah Lizzy, dia juga menggemari juadah seperti lemang dan rendang.

"Kalau raya Aidilfitri, antara yang paling saya nantikan mestilah nak makan pelbagai juadah yang enak-enak di pagi raya.

"Saya suka lemang dan redang tapi saya kurang makan makanan pedas kerana perut saya sensitif," tuturnya.

Dalam pada itu penyanyi mula menipta nama menerusi lagu Knock Knock ini berkata bulan ini dia juga berpuasa namun dia mengamalkan diet puasa (intermittent fasting) selama sebulan.

"Saya berpuasa juga tapi lain sikit lah sebab saya amalkan intermittent fasting. Sebelum ini saya pernah amalkan tapi hanya selama dua minggu. Tapi kali ini saya cuba selama sebulan pula.

"Saya tiada apa-apa masalah meneruskan rutin harian saya malah saya rasa lebih bertenaga,"tutur artis berbangsa Tionghoa ini.

Perkembangan lain, setelah setahun berehat daripada dunia nyanyian, Lizzy muncul dengan single terbaru bertajuk Police Entry. Selain itu dia menantikan tayangan filem terbaru yang menggandingkan dia dan Zul Ariffin bertajuk Misteri Delaila, arahan Syafiq Yusof.