Fri07202018

LAST_UPDATEFri, 20 Jul 2018 6pm

Sepupu Shah Rukh Khan Bertanding Pilihan Raya Pakistan

..

Sepupu kepada Raja Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) iaitu Noor Jehan bakal bertanding di sebuah wilayah di Khyber-Pakhtunkhwa, Pakistan pada pilihan raya 25 Julai depan.

Menurut laporan sebuah akhbar, Noor Jehan dikatakan sudah bersedia untuk bertanding di kerusi Peshawar apabila sudah mengambil borang pencalonan pada 7 Jun lalu.

Jehan turut memberitahu dia mahu memberi tumpuan kepada masalah di kawasannya sekiranya memenangi kerusi terbabit.

"Misi saya untuk mengangkat martabat wanita selain ingin memberi tumpuan kepada masalah di kawasan saya," katanya yang pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Tertinggi sebelum ini.

..

Difahamkan, Noor Jehan pernah melawat bintang ternama Bollywood itu dua kali dan keluarga kedua-dua pihak sangat rapat.