Mon07162018

LAST_UPDATEMon, 16 Jul 2018 8pm

Pantang Nampak Kereta Zara Zya...

..

Pelakon Zara Zya berasa lucu mengenangkan karenah anak-anak jiran di kampungnya yang akan datang beramai-ramai untuk beraya sejurus menyedari kepulanganya.

Mengimbas memori Aidilfitri tahun lalu, bintang drama Mona Lisa ini berkata, ketika itu dia baru saja tiba di kampung dan tidak lama kemudian rumahnya diserbu oleh jiran tetangga yang ingin bertemu dengannya.

"Biasalah, kalau hari raya memamg tak menang tangan melayan tetamu yang berkunjung ke rumah kami di kampung. Ada juga yang mahu bergambar, jadi saya layan saja lah lagipun jarang-jarang dapat jumpa.

"Kelakarnya ada pula yang sudah kenal dengan kereta saya, jadi apabila mereka nampak saja terus mereka serbu.

"Tak cukup satu dua kumpulan, mereka hubungi pula kawan-kawan mereka yang lain dan memaklumkan saya sudah balik kampung.

"Malah ada juga yang mengajak saya ke rumah mereka, katanya neneknya nak jumpa," cerita berkongsi pengalaman menyambut raya sebagai seorang selebriti.

Bercuti raya selama empat hari, tahun ini Zara akan meraikan 1 Syawal bersama keluarga di Shah Alam dan sebelum pulang ke rumah neneknya di Temerloh, Pahang.

Dalam pada itu Zara juga mendedahkan dia tidak dapat mengelak daripada pertanyaan yang diaju saudara-mara dan tetamu bilakah dia mahu menamatkan zaman bujang.

"Soalan itu tak perlu tunggu raya pun mereka tetap bertanya. Setiap kali ditanya saya jawab lah dan kalau rasa penat nak jawab saya senyum saja lah.

"Saya tak kisah walaupun kerap diasaka dengan soalan itu sebab saya anggap kalau mereka bertanya beerti mereka ambil berat. Lagi elok bertanya daripada tak bertanya langsung," tuturnya sambil tersenyum.

Zara kini menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Hafreez Adam sejak beberapa bulan lalu. Namun kata Zara, buat masa ini mereka belum memikirkan untuk melangkah ke fasa seterusnya dan merancang untuk melangsungkan perkahwinan.