Mon07162018

LAST_UPDATEMon, 16 Jul 2018 8pm

Mira Filzah Masih Dapat Duit Raya

..

Pelakon dan pengacara Mira Filzah memberitahu sehingga kini dia masih menerima duit raya daripada datuk walaupun dia sudah bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri.

Menurut pelakon drama Rahsia Hati Perempuan ini, lebih seronok pemberian duit raya oleh datuknya akan meningkat setiap tahun.

"Kalau balik ke rumah atuk saya di sebelah ibu, memang kami adik beradik akan dapat duit raya sampai lah sekarang walaupun sudah bekerja. Kakak saya yang sudah berkahwin pun masih dapat duit raya.

"Lagi best sebab duit raya yang atuk saya bagi akan meningkat ikut umur kami tapi kalau macam kakak saya yang sudah berkahwin, dia akan dapat kurang sikit," kata pengacara Nona ini kepada Malaysian Digest.

Mengenai persiapan raya pula, Mira berkata dia tidak perlu membeli baju raya memandang dia adalah duta koleksi Ariani RTW, jadi dia mendapat banyak tajaan daripada jenama tersebut.

"Alhamdulillah, rezeki. Baju raya, saya dah di sediakan sebab saya duta Ariani jadi mereka beri saya banyak baju dan tudung. Setakat ini saya ada 19 pasang baju raya. Lagipun raya tahun-tahun lalu masih ada dan masih elok lagi.

"Macam tahun lepas, disebabkan banyak baju yang saya dapat saya beri pada kakak dan adik saya. Mujurlah saiz kami lebih kurang," katanya yang akan pulang ke kampungbhalaman keluarganya di Ipoh, Perak.

Persiapan dari segi juadah, Mira berkata keluarganya akan mula sibuk memasak seak dari petang raya. Antara juada wajib setiap tahun seperti rendang daging hitam masakan opahnya.

"Kalau di Perak, menjadi tardisi kami menyediakan rendang daging hitam. Itu opah sayalah yang akan masak. Selain itu, juadah istimewa yang mesti ada di rumah kami seperti dodol, wajik dan lemang jagung.

"Malam raya tu dah rasa kemeriahannya. Semua saudara mara dan adik beradik akan berkumpul dan kami akan memasak serta mengemas rumah bersama-sama," tuturnya yang akan bercuti raya selama dua minggu.

Dalam pada itu Mira berkata dia turut merasai perbezaan menyambut raya sebelum dan setelah bergelar selebriti yang mana rumah neneknya menerima lebih ramai kunjungan.

"Sejak bergelar selebriti ni, rumah nenek saya dikujungi lebih ramai tetamu dan saudara-mara yang jauh dan jarang berjumpa.

"Macam tahun lepas, saya ada OOTD di halaman rumah dan tidak lama selepas itu, ramai saudara yang datang. Mungkin mereka baru tahu yang saya ada di rumah.

"Pernah sekali tu, sampai enam buat kereta serbu rumah opah," katanya.

Sekembalinya ke ibu kota nanti Mira akan sibuk dengan rutin pengacaraan dan menjalani penggambaran filem sulungnya bertajuk Sangkar. Filem arahan Khabir Bhatia itu turut di bintangi Remy Ishak dan Zul Ariffin.