Fri07202018

LAST_UPDATEFri, 20 Jul 2018 6pm

Izara Aishah Minta Maaf Kontroversi Berpeluk Dengan Tun M

..

Pelakon Izara Aishah memohon maaf kepada umum ekoran isu gambar dia berpeluk dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang tersebar di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Menerusi laman Instagram miliknya, isteri anak tiri penyanyi penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, Muhammad Adib Khalid itu turut meminta maaf kepada Dr Mahathir dan keluarga beliau selepas gambar terbabit mencetuskan kontroversi.

"Seperti kebanyakan rakyat, saya kagum setiap kali melihat YAB Tun Dr Mahathir. Beberapa hari lalu juga tiada bezanya,"tulisnya seperti yang dilaporkan Harian Metro.

Pelakon drama Dia itu mengakui tindakan memuat naik momen peribadi ketika bersama keluarga suaminya melawat Dr Mahathir melampau.

"Saya kesal ada segelintir individu memberi respon negatif terhadap posting itu. Kepada YAB Tun dan keluarga, saya meminta maaf kerana bersikap terlampau ekspresif," katanya.

Izara turut dikecam segelintir netizen yang menuduh pelakon terbabit bersikap 'plastik' kerana bermesra dengan isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.