Fri07202018

LAST_UPDATEFri, 20 Jul 2018 6pm

Farahdhiya Rasa Jelek Banyak Kali Terima Foto Kemaluan Lelaki

..

Sebelum ini pelakon dan penyanyi Farahdhiya, 34, pernah mendedahkan dia ada menerima gambar lucah remaja lelaki di bawah umur dan perkara tersebut masih berulang lagi.

Memetik laporan mStar online, Farah berkata sehingga kini dia masih menerima banyak gambar kemaluan lelaki yang dihantar oleh pengikut Instagram yang dihantar menerusi mesej peribadi (DM).

Akuinya dia mula berasa jelek dengan perbuatan memalukan itu dan ikutkan hatinya, dia mahu mendedahkan profil penghantar gambar kemaluan kepada umum sebagai pengajaran.

"Jujurnya dah banyak kali terima gambar kemaluan lelaki yang dihantar melalui DM, I'm getting sick of it!," tulisnya di InstaStory seperti yang dilaporkan mStar online.

Malah Farahdhiya turut bertanya kepada pengikutnya sama ada dia patut mendedahkan atau pun tidak perbuatan terkutuk itu.

Entri tersebut mendapat pelbagai reaksi dan rata-rata pengikutnya bersetuju sekiranya pelantun lagu Bertakhta di Hati itu mendedahkan identiti pemilik profil yang menghantar gambar lucah kepadanya.

"I rasa I nak kongsi nama orang tu dan gambar 'anu' dia sekali, biar satu Malaysia tengok.

"Nak sangat tunjukkan? Should I?," tulisnya lagi.

Ini bukan kali pertama dia menerima gangguan berbentuk seksual seperti itu malah pernah menyekat ramai pengikutnya daripada terus menggangunya.