Fri07202018

LAST_UPDATEFri, 20 Jul 2018 8pm

Kapsyen Foto Wak Doyok Makan Durian Dianggap Berbaur Gangguan Seksual

..

Tindakan pelakon dan ikon fesyen Wak Doyok menulis kapsyen pada sekeping foto yang menunjukkan dia sedang menikmati buah durian dianggap berbaur gangguan seksual sekaligus menerima kecaman netizen.

Pada foto yang dimuat naik menerusi di laman sosial Instagram miliknya itu, Wak menulis kapsyen berbunyi; “Durian adalah raja buah, tapi raja buah terletak di dada wanita”

Kenyataan itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pengikut wanita di Instagram miliknya.

Rata-rata netizen menyifatkan kenyataan itu bukan sesuatu yang boleh dijadikan bahan lawak sebaliknya sebagai satu gangguan seksual terhadap kaum wanita.

"Ini tak kelakar. Adakah ini normal atau boleh dikira sebagai gangguan seksual?

"Hanya lelaki sebenar sahaja yang tahu menghormati wanita. Sedihnya kapsyen anda," kritik netizan seperti yang dilaporkan mStar online.

Foto yang dimuat naik petang Ahad ini mendapat lebih 23,000 tanda suka dan 500 komen netizen.

Bagaimanapun, Wak Doyok membalas komen-komen negatif netizen dengan menganggap apa yang dilakukannya itu hanya sekadar gurauan.

Sebelum ini, pelakon Abang Long Fadil itu pernah menimbulkan kontroversi apabila dikatakan meninggalkan komen berunsur lucah kepada pelakon Kilafairy.