Fri07202018

LAST_UPDATEFri, 20 Jul 2018 6pm

Nabila Razali Dimasukan Ke Hospital Akibat Keracunan Makanan

..

Penyanyi dan pelakon Nabila Razali dimasukan ke Pusat Perubatan Tawakal pada malam Ahad akibat keracunan makanan.

Pengurusnya, Ash, berkata, penyanyi lagu Pematah Hati itu mengadu sakit perut dan lemah sejak dua hari lalu.

"Nabila mengadu sakit perut sejak dua hari lalu dan keadaannya menjadi semakin teruk petang semalam.

"Pada mulanya dia sangka sakit perut biasa tetapi setelah membuat pemeriksaan doktor mendapati dia keracunan makanan dan dehydration lalu terus dimasukkan ke wad bagi pemeriksaan lanjut,” ujarnya menerusi satu kenyataan.

Dalam pada itu, Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali, 26, terpaksa menangguhkan penggambaran drama Cintaku Di Bumi Izmir yang baharu disambung semula selepas cuti hari raya.

Tambah Ash, sehingga kini pihaknya tidak dimaklumkan perkembangan terbaharu kesihatan penyanyi itu.

"Pihak hospital belum maklumkan perkembangan kesihatannya dan tidak tahu bila akan keluar."

"Selain penggambaran ada juga beberapa undangan persembahan hujung minggu ini, apa-apa pun sama-sama kita doakan kesihatannya kembali seperti biasa," ujarnya.