Tue07172018

LAST_UPDATETue, 17 Jul 2018 12pm

Aiman Dah Tak Peduli Komen Negatif Netizen

..

Meskipun mempunyai imej bersih namun penyanyi Aiman Tino mengakui tidak terlepas daripada menerima kritikan dan komen negatif daripada netizen.

Penyanyi yang mencetus fenomena menerusi debut, Ku Rela Dibenci ini berkata, sebagai manusia biasa, dia juga mempunyai perasaan terkilan tatkala dikecam tanpa sebab.

Pun begitu, dia mengambil langkah tidak menghiraukan komen negatif netizen sebaliknya banyak meminta nasihat daripada orang terdekat dalam meneruskan kehidupan sebagai seorang artis.

"Tipulah kalau cakap saya tidak terkesan membaca komen orang yang kebanyakannya semua mengutuk saya. Memang ada rasa tertekan sedikit tetapi tidaklah sampai depresi.

"Apa yang saya lakukan untuk menghindarkan diri daripada terpengaruh dengan perkara negatif sebegitu adalah tidak mengendahkannya selain banyak meminta nasihat daripada ibu bapa.

"Bagi saya, apabila sudah masuk dalam industri, mahu atau tidak kita perlulah hadapi situasi sebegini.

"Apa yang netizen kata, ambil yang positif untuk kita jadikan panduan dalam hidup, manakala yang negatif buanglah jauh-jauh,” katanya seperti yang dilaporkan Kosmo!

Kata pemuda berusia 20 tahun ini, dengan pelbagai komen yang diterima secara tidak langsung membuatkan dirinya lebih dikenali. Namun kadangkala dia berasa lucu kerana ada pihak yang sanggup menghabiskan masa semata-mata hanya mahu mengutuk dirinya.

"Lama-lama, apabila baca komen netizen contohnya, saya sudah tiada rasa apa-apa. Kelakar pun ada juga kerana mereka sanggup menghabiskan masa untuk kita.

"Secara tidak langsung sebenarnya ia membantu nama kita untuk dikenali. Jadi, sebagai artis kita juga perlu hargai perkara negatif sebegini sebab ia salah satu daripada proses kehidupan," tuturnya.