Fri07202018

LAST_UPDATEFri, 20 Jul 2018 8pm

Tengah Menyanyi Pentas Terbakar

..

Penghibur antarabangsa terkenal, Bruno Mars terpaksa menyudahi persembahannya di Glasgow Green, Scotland baru-baru ini lebih cepat gara-gara pentasnya dijilat api.

Kejadian berlaku pada 10 Julai lalu. Sedang penyanyi lagu hit 24K Magic ini rancak membuat persembahan, pentas tiba-tiba terbakar.

Lapor Entertainment Wekkly, api yang menyambar pentas terus marak. Punca kebakaran tersebut dipercayai berpunca kerana masalah teknikal.

Bruno Mars terus dibawa turun dari pentas sebaik saja api mula marak.

Pihak bomba mengambil masa kira-kira 10 minit wuntuk memadamkan api tersebut.

Dan sepanjang kejadian penonton masih tidak berganjak dan mengharapkan Bruno akan menyambung persembahannya.

Bagaimanapun, atas faktor keselamatan semua, pihak penganjur mengeluarkan notis memaklumkan konsert tersebut terpaksa dihentikan buat seketika.

Difahamkan selepas beberapa minit, Bruno kembali beraksi meneruskan persembahannya.