Tue07242018

LAST_UPDATEMon, 23 Jul 2018 8pm

Lee Seo Won Mengaku Bersalah, Mohon Hukuman Diringankan

. .

Aktor Lee Seo Won mengaku bersalah atas dakwaan melakukan gangguan seksual dan kekerasan terhadap seorang wanita dalam kejadian sekitar Mei lalu.

Ketika keluar dari mahkamah usai prosiding perbicaraan semalam, bintang siri About Time sempat menyapa para media dan berkata,

"Aku minta maaf kepada publik kerana telah membuat skandal," kata pemuda berusia 21 tahun ini.

Hasil ujian DNA telah mengesahkan ada bukti yang ditemui dalam kes tersebut dan ternyata Lee Seo Won sebagai tertuduh tidak mempunyai sebarang alasan untuk tidak mengaku kesalahannya.

"Meskipun begitu, tertuduh tidak boleh mengingati apa-apa (dari kejadian tersebut). Mangsa sendiri mengatakan, '(Lee Seo Won) tidak mampu mengawal dirinya sendiri (kerana mabuk).

"Saya tidak faham bagaimana tertuduh boleh melakukan kekerasan dan ancaman dalam kondisi seperti itu," hujah penguam yang mewakili artis berkenaan.

Bagaimanapun peguam mengesahkan Lee Seo Won mengakuibersalah, namun meminta hukuman yang dikenakan ke atasnya diringankan memandangkan dia mengalami masalah mental dan kurang daya fizikal ekoran insiden tersebut.

"Dia mengaku bersalah, namun yang kami perjuangkan adalah mengenai pertimbangan hukuman yang dia dapat," lanjut pengacara.

Sejak kontroversi tersebut tercetus tiga bulan lalu, nama Lee Seo Won menjadi topik perbincangan hangat netizen Korea.

Lebih-lebih lagi, dakwaan dia melakukan gangguan seksual dan ancaman dengan kekerasan timbul ketika namanya sedang melonjak naik dan semakin popular.

Kontraknya sebagai pengacara program muzik "Music Bank" dibatalkan serta-merta dan peranannya dalam drama About Time" ditukarkan dengan pelakon lain

Selain itu, ada desas desus mengatakan dia dikeluarkan daripada agensinya iaitu Blossom Entertainment namun pihak agensi menafikan perkara tersebut.