Tue07242018

LAST_UPDATEMon, 23 Jul 2018 8pm

Norman-Memey Timang Anak Ketiga

..

Tahniah kepada pasangan pelakon Norman Hakim dan Memey Suhaiza kerana dikurniakan cahaya mata ketiga, seorang bayi perempuan pada 12 Julai (semalam).

Menerusi akaun Instagram, Norman mengucapkan syukur serta berterima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesejahteraan isteri dan anaknya. Dia turut memaklumkan, kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan sihat.

"Alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan anak perempuan seberat 3.35 kilogram jam 12.52 tengah hari tadi.

"Terima kasih di atas doa kalian yang tidak putus-putus," tulisnya yang turut memuat naik foto sedang mencium puterinya itu.

Rata-rata netizen turut gembira dan meluahkan perasaan syukur atas kehadiran ahli baharu keluarga selebriti itu.

Memey dan Norman yang mendirikan rumah tangga enam tahun lalu sebelum ini, dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Darwisz Hakim, 5, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 3.