Tue07242018

LAST_UPDATEMon, 23 Jul 2018 8pm

Ramai Wanita DM Che Ta, Mengadu Masalah Rumah Tangga

..

Menerusi akaun Twitter, aktres Rozita Che Wan, 45, mendedahkan dia banyak menerima mesej daripada pengikut di laman sosialnya yang bercerita mengenai rumah tangga mereka.

Menurut Che Ta, ramai wanita dengan mudah ingin merampas suami orang berwajah tampan. Malah ada juga lelaki yang sudah berkahwin gemar melayan wanita seperti itu.

"Orang perempuan ni pantang tengok laki (suami) orang elok sikit, cepat ja dia nak 'qentap' (rampas).

"Tapi hat (yang) jantan (yang lelaki) tu pun jenis gatai (gatal). Adoi... Ramai sangat yang duk DM kami cerita pasal rumah tangga mereka," katanya.

Tambah isteri kepada pelakon Zain Saidin ini, pengkongsian cerita yang diterima membuatkan dia berasa seperti menteri pembangunan wanita.

"Macam kita ni menteri pembangunan wanita pula," tulisnya yang menggunakan nama akaun @rozitachewan1.

..Rata-rata pengikut di laman sosial miliknya itu terhibur dengan status yang dimuat naiknya.

Malah, ada segelintir mereka juga berpendapat bahawa Che Ta sesuai untuk dicalonkan untuk jawatan tersebut di Pilihan Raya Umum yang ke 15 (PRU15).

"Haha... Hidup Che Ta ! boleh dah bertanding Pilihan Raya Umum yang 15 nanti.

"Wow boleh la dicalonkan nanti! Memang sesuai Che Ta dengan jawatan tu," komen beberapa pengikutnya.