Thu03232017

LAST_UPDATEThu, 23 Mar 2017 4pm

Keluarga Terlebih Teruja, Beego Gementar Bila Linda Hamil

Kredit foto Faisol Mustafa.Kredit foto Faisol Mustafa.
 
Pelakon Linda Hashim gembira dan berasa beruntung kerana sejak dia disahkan hamil bukan saja suaminya Beego yang memberikan lebih perhatian kepada malah ahli keluarga dan keluarga mertua juga turut teruja. Dalam erti kata lain, menurut Linda, mereka pula yang telebih teruja apabila mengetahui bakal menerima 'orang baru'.
 
Walaupun kandungan pelakon filem Tanda Putera ini baru mencecah dua bulan, namun rata-rata ahli keluarganya sudah membuat persiapan. 
 
"Alhamdullilah sihat dan saya bersyukur. Sebenarnya bila saya disahkan mengandung, bila famili dapat tahu mereka yang lebih teruja. Ibu saya dan mak mertua saya masing-masing dah beritahu itu dan ini. Misalnya nanti kalau berpantang, mereka nak saya pantang di rumah mereka. Saya dengarkan saja lah. 
 
"Kakak Linda pula, dia dah siap tanam serai wangi kat belakang rumah. Katanya nanti nak digunakan masa berpantang. Baju-baju anak-anak dia yang masih elok lagi, dia dah siap-siapkan untuk beri pada saya. Pendek kata famili memang ambil berat lah. 
 
"Beego pula, dia rajin uruskan hal rumah. Sebagai contoh dia buat kerja-kerja rumah dan basuh baju. Masak dia kurang pandai. Tapi saya tak kisah pun. Lagipun setakat ni saya masih larat lagi nak buat kerja-kerja rumah. Cuma kadang-kadang kalau mabuk atau demam, memag Beego yang uruskan semua", katanya Linda mengenai perkembangan dirinya ketika ditemui pada majlis pelancaran drama Mencitaimu di ibu kota baru-baru ini. 
 
Selain itu Linda berkata dia tidak lah mengalami alahan yang teruk. Tetapi sejak berbadan dua dia menjadi semakin gemar memakan buah-buahan sekaligus menjadi rutin makanan hariannya. 
 
"Muntah dan mabuk masa awal-awal dulu. Tapi saya semakin gemar makan buah. Dulu saya makan buah juga tapi tidak lah hari-hari. Tapi sekarang hari-hari mesti nak makan buah. Kat rumah sentiasa ada buah-buahan. Sampaikan pergi ket set penggambaran pun paling tidak saya akan bawa bekalan buah epal", katanya yang tidak kisah akan jantina bayinya sama ada lelaki atau perempuan, asalkan sihat dan sempurna. 
 
Linda kerap makan buah-buahan sejak disahkan hamil.Linda kerap makan buah-buahan sejak disahkan hamil.
 
Bagaimanapun, Beego akui sangat gementar sebaik sahaja mendapat tahu bahawa dirinya bakal menjadi seorang ayah.
 
"Saya sangat bersyukur kerana tak sangka baru sahaja berkahwin saya bakal dikurniakan zuriat. Tetapi sebagai seorang lelaki yang tak pernah ada pengalaman menjadi seorang ayah, saya agak gementar. 
 
"Pastinya saya nak yang terbaik untuk kandungan dan ibunya juga. Jadi, saya rasa tanggungjawab saya sekarang lebih besar menjaga Linda dan bayi yang bakal lahir", katanya.
 
Beego dan Linda Hashim yang telah bernikah pada 7 Jun lalu. 
 
Linda dijangka akan melahirkan anak sulungnya pada hujung bulan April tahun hadapan. Buat masa ini Linda sedang sibuk menjalani penggambaran sebuah drama terbitan Bright Network berjudul Pulang Sayang sehingga bulan November nanti.
 
 
- mD