Sat10212017

LAST_UPDATEFri, 27 Oct 2017 9am

Kekasih Berhenti Ikut Anzalna Kerana Tak Mahu Publisiti

Kredit foto Faisol Mustafa.Kredit foto Faisol Mustafa.

Selama ini pelakon Anzalna Nasir memang terbuka mendedahkan identiti kekasihnya iaitu Hanif Zaki kepada umum meskipun menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak terhadap dirinya. Bahkan kekerapan Anzalna membawa Hanif ke majlis-majlis hiburan tempatan membuatkan aktres ini dilabel sebagai artis yang 'suka mengusung kekasih' ke mana sahaja.

Bagaimanapun pelakon yang bakal muncul dengan drama terbaru, Bangkitnya Seorang Perempuan ini berkata, Hanif tidak lagi mengikutnya ke majlis-majlis hiburan, sejak sebulan lalu.

Menurut Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Mohd Nasir, 25, kekasihnya itu tidak mahu namanya terlalu dikaitkan dengan penglibatan Anzalna dalam sesuatu majlis atau acara.

Anzalna dan teman lelakinya, Hanif Zaki. Kredit foto CipotredzAnzalna dan teman lelakinya, Hanif Zaki. Kredit foto Cipotredz

"Dia hairan sebab setiap kali kalau dia ikut saya, pasti nama dia ada dalam artikel tentang saya.  Dia tak mahu selalu sangat dikaitkan. Jadi dia buat keputusan untuk tak lagi terlalu kerap ikut saya.

"Dia pun tak kisah kalau tak ikut saya sebab lagipun saya sekarang sudah ada seorang pengurus peribadi perempuan yang boleh menemani saya ke mana sahaja. Memang Hanif yang nak diuruskan oleh pengurus perempuan supaya senang nak uruskan hal-hal dai segi misalnya kalau outstation, kami boleh berkongsi bilik", katanya yang masih memberi masa selama dua tahun pada dirinya sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

Dalam perkembangan lain, Anzalna baru saja menjalankan perniagaan pakaian menerusi online. Perniagaan yang diuruskan oleh kakaknya itu diberi nama 'Hermanes 5' yang membawa maksud perniagaan tersebut milik mereka lima beradik.

 

- mD