Thu09212017

LAST_UPDATEThu, 21 Sep 2017 2pm

Polis Jumpa Pistol, Peluru Di Bilik Hotel

GEORGE TOWN: Polis menemui sepucuk pistol bersama lima butir peluru dalam bilik sebuah hotel di Jalan Masjid Kapitan Keling, di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri SAC Mazlan Kesah berkata penemuan itu hasil maklumat orang awam yang menghubungi polis pada pukul 6 petang semalam.

"Bertindak di atas maklumat itu polis kemudian pergi ke tempat kejadian dan menemui sepucuk pistol angin. Pemilik pistol itu tiada di bilik dan dipercayai tuan punya pistol berkenaan berumur 55 tahun.

"Kami turut menjumpai seutas jam tangan dan telefon bimbit," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata polis sedang mengesan pemilik pistol berkenaan dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya. 



- Bernama