Sat10252014

LAST_UPDATESat, 25 Oct 2014 3pm

Ya, Serius Tapi Kami Belum Bertunang - Rozita Che Wan

..
KALAU beberapa hari lalu, Zain Saidin tanpa berselindung mengakui yang hubungannya dengan pelakon jelita, Rozita Che Wan atau Che Ta sudah di tahap serius. Malah aktor berkenaan memberitahu dia berhasrat mengahwini janda anak dua itu dalam tahun ini juga.

Sementara, dalam satu laporan media, Che Ta menyangkal dakwaan dia sudah bertunang dengan Zain seperti yang dihebohkan.

Kata Che Ta, memang mereka serius menjalin hubungan tetapi belum ke tahap risik merisik atau bertunang.

“"Pada saat ini, hubungan kami masih lagi di peringkat mengenali hati budi masing-masing, biarpun sudah lama berkawan. Kalau ada jodoh, adalah. Biar Allah yang tentukan semuanya," katanya kepada dihubungi Utusan Malaysia.

Che Ta berkata, ketika ini dia masih sibuk dengan kerjaya lakonan dan tidak ada masa untuk memikirkan soal perkahwinan. Bagaimanapun, dia tidak menolak kemungkinan jika jodohnya bersama jejaka berdarah kacukan itu.

“"Seperti yang peminat tahu, itu merupakan pendapat Zain secara peribadi. Harapan saya agar peminat sentiasa mendoakan kebahagiaan kami," katanya.



- mD