Fri11282014

LAST_UPDATEFri, 28 Nov 2014 10pm

Foto: Linkin Park 'Pukau' 20,000 Peminat di Stadium Nasional!

..
 
Selepas 10 tahun sejak mengadakan konsert di sini, kumpulan Rock dari California Amerika Linkin Park kembali menghiburkan LPU aka Linkin Park Underground (gelaran untuk para peminat setia) bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, malam tadi.
 
Berlangsung selama dua jam, atas nama Linkin Park Living Things World Tour Live Di Malaysia 2013, Linkin Park tampil dengan aksi penuh dinamik dan memukau depan seramai 20,000 penonton (termasuk seramai 5000 penonton dari luar negara).
 
..
 
Dianggotai Chester Bennington (vokalis utama), Mike Shinoda (vokalis kedua merangkap pemain keyboard dan juga gitaris), Brad Delson (gitaris), Dave 'Phoenix' Farrell (bassist), Rob Bourdon (dram dan percussionist) serta Joe Hahn (DJ), Linkin Park membuka tirai persembahan mereka dengan lagu 'Tinfoil'. Setengah pertama konsert, arena yang dibasahi hujan rintik-rintik kemudianya terus dihangatkan dengan lagu petikan lagu dari album lama dan baru antaranya Faint, Papercut, Given Up With You dan Somewhere I Belong.
 
..
 
"Kami rindu anda semua!", sapa Chester sebelum meneruskan persembahan tanpa henti dengan lagu New Devide, Victimized, Breaking The Habit, Point of Authority, Lies Green Misery, Waiting For The End dan Breaking The Habit.
 
Bergema satu stadium apabila peminat turut sama ikut menyanyi, bertepuk tangak serta bersorak atau lebih tepat gambrananya - menjerit bagai histeria.
 
"Terima kasih kepada anda semua kerana terus menerus memberis sokong padau kepada kami. Anda sememang yang sangat luarbiasa dan menakjubkan! Kami akan terus memberikan kejutan kepada anda dengan karya-karya baru kami. Terima kasih sekali lagi kerana sentiasa bersama kami", ucapan ringkas namun penuh makna dari Mike Shinoda sebagai tanda perhargaan buat peminat-peminat.
 
..
 
Sejurus itu suasana kembali rancak apabila Linkin Par terus 'menggiler' dengan Castle of Glass, Loatr/Sotd/Iridescent, The Catalyst dan Lost In The Echo.
 
Kemuncak konsert, Linkin Park buat peminat semakin tak keruan dengan ledakan lagu-lagu yang suka kami kategorikan sebagai 'karya epik' Linkin Park seperti Numb, What I've Done, One Step Closer, Burn It Down, In The End dan diakhiri dengan Bleed It Out.
 
Secara keseluruhan daripada sistem bunyi yang sangat , penataan cahaya hinggalah kepada persembahan pentas diiringi visual dinamik dan persembahan mantap, Linkin Park sentiasa memberikan pengalaman luarbiasa lagi menakjubkan buat seluruh penontonnya. 
 
..
 
Memilih Malaysia sebagai satu-satunya destinasi persinggahan mereka di Asia Tenggara, konsert Linkin Park Jelajah Dunia di Malaysia 2013 “Living Things’' ini dibawakan oleh The Wonderland+ dan di sokong oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan.
 
..
 
..
 
..
 
..
 
..
 
..
 
..
 
..
 
..
 
 
 
 
- mD