Thu12182014

LAST_UPDATEThu, 18 Dec 2014 1pm

Selangor Juara SUKMA 2013

Skuad Selangor Pada Perarakan Penutupan / Pic: www.facebook.comSkuad Selangor Pada Perarakan Penutupan / Pic: www.facebook.com

KUALA LUMPUR: Selangor muncul juara keseluruhan temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2013, edisi ke-16 sekali gus memecah dominasi Terengganu yang menjuarainya pada empat edisi berturut-turut sebelum ini.

Kejayaan skuad Merah Kuning tidak terhenti setakat itu sahaja, apabila atlet gimnastik artistik, Daniel Iskandar Richard turut dinobat sebagai Atlet Lelaki Terbaik apabila menggondol tiga emas dan dua perak.

Timbalan Ketua Kontinjen, Amirudin  Shari berkata, kejayaan ini merupakan hasil pembangunan sukan yang baik selain strategi diterapkan berjaya diterjemah sehingga pasukan berjaya muncul juara keseluruhan.

“Ia kejayaan terbaik Selangor apabila berjaya merampas kembali takhta kejuaraan daripada Terengganu. Ini hasil kerja keras semua atlet dan pegawai serta persatuan sukan negeri.

“Tahniah untuk semua. Kejayaan ini juga buat seluruh rakyat Selangor tidak putus beri sokongan,” katanya.

Selangor meraih 23 pingatemas, 17 perak dan 30 gangsa (70 pingat keseluruhan),menewaskan Terengganu di tempat kedua yang mengumpul 19 emas, 13 perak dan gangsa.

Sementara Wilayah Persekutuan menepati sasaran muncul tiga pasukan terbaik dengan meraih 15 emas, 20 perak dan 27 pingat gangsa.

Mengenai ganjaran tambahan kerana menjuarai Sukma kali ini, Amirudin berkata apa juga insentif, bergantung kepada keputusan dan pengumuman Kerajaan Selangor.

Mengulas mengenai kejayaan atlet gimnastik, Daniel, Amirudin akui, beliau atlet berbakat dan memiliki kelebihan luar biasa.

“Daniel antara penyumbang pingat terbanyak Selangor dan berharap lebih banyak kejayaan akan diperoleh selepas ini,” katanya.




-Sinar Harian
http://www.sinarharian.com.my/kejayaan-berganda-buat-selangor-1.180054