Fri07252014

LAST_UPDATEFri, 25 Jul 2014 11pm

'Kaki Gam' Samun Pelancong

KUALA LUMPUR: Malang buat si ‘kaki gam’ apabila dia yang meragut seorang wanita Iran di Jalan Sultan Ismail, di sini, dapat dicekup dalam tempoh 10 minit oleh sekumpulan anggota polis yang secara kebetulan melalui kawasan berkenaan, awal pagi semalam. 

Dalam kejadian jam 1 pagi itu, lelaki berusia 19 tahun itu bersama tiga lagi rakannya dalam keadaan khayal selepas dipercayai menghidu gam meragut beg tangan seorang pelancong Iran ketika mangsa cuba bertanya arah kepada mereka.

Jurucakap polis berkata, ketika kejadian, pelancong wanita berusia 30-an itu berjalan seorang diri sambil mencari sebuah bank antarabangsa sebelum terjumpa dengan kumpulan suspek sedang melepak di hadapan sebuah hotel.

Menurutnya, mangsa cuba bertanya alamat bank dengan mereka sebelum tiba-tiba lelaki itu meragut beg tangannya dan terus melarikan diri dengan motosikal.

“Secara kebetulan, sekumpulan anggota Unit Kuatkuasa Khas Trafik Kuala Lumpur (U3K) sedang membuat rondaan di kawasan itu dan ternampak mangsa menjerit meminta tolong dan mengejar kumpulan suspek hingga ke Jalan Imbi.

Katanya, ketika memeriksa bangunan terbengkalai di situ, pasukan U3K menemui seorang suspek bersembunyi di dalam bangunan itu dan terus menahannya. 

- Harian Metro

http://mobile.hmetro.com.my/myMetro/articles/2013021405171720130214051717/mobile/mArticle