Wed07232014

LAST_UPDATEWed, 23 Jul 2014 5pm

Himpunan Anti-Lynas Gagal Tarik Penyertaan Ramai

Tapak projek dan pejabat Lynas. Filepic: The Malaysian InsiderTapak projek dan pejabat Lynas. Filepic: The Malaysian InsiderKUANTAN: Himpunan Anti-Lynas yang diadakan di kawasan Perindustrian Gebeng di sini gagal menarik penyertaan ramai apabila hanya 500 peserta hadir, malam tadi.

Perhimpunan itu dilakukan sempena menyambut tahun baharu 2013 dan berlangsung secara aman. Tinjauan Bernama mendapati, kebanyakan peserta membawa bersama payung akibat hujan renyai-renyai sejak petang semalam.

Mereka kemudiannya mula melaungkan slogan anti-Lynas dan menyalakan lilin serta membawa sepanduk ketika acara mengira detik 12 malam dimulakan.

Antara yang dilihat hadir pada perhimpunan itu, Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said, dan aktivis politik, Hishamuddin Rais.

Para peserta kemudian bersurai dengan dikawal anggota polis.

- Bernama