NBI Siasat Nur Misuari

MANILA: Biro Siasatan Kebangsaan (NBI) akan menghantar pegawainya ke Mindanao untuk menyoal siasat Ketua Wilayah Autonomi Muslim Mindanao (ARMM), Nur Misuari berhubung pembabitannya dalam krisis Sabah. 

Misuari bersama-sama bekas Penasihat Keselamatan Kebangsaan, Norberto Gonzales, Pastor Boy Saycon dan Jamalul Kiram III serta keluarganya sudah dimaklumkan mengenai siasatan yang akan dijalankan terhadap mereka oleh NBI.

Biro berkenaan dan polis Filipina berusaha menjejaki penghasut yang terbabit hingga mendorong Kiram menghantar pengikut bersenjatanya ke Sabah.

Agensi berkenaan turut berusaha mengenal pasti mereka yang membiayai keluarga Kiram itu.

Misuari sebelum ini berkata, dia tidak dapat ke Manila kerana sibuk dengan persiapan ulang tahun Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) yang ke-45.

- Agensi / Harian Metro

http://mobile.hmetro.com.my/myMetro/articles/NBIsiasatNurMisuari/mobile/mArticle